Bila masa tu…arggghh laparnya!!!

Hmmm..entri kali nih khas untuk kaum hawa di luar sana..terutamanya yang telah mencapai akil baligh.. Mungkin ada yang menganggap isu “period” or “masa tu” agak sensitive untuk bacaan umum. Tapi, bagi saya tak salah rasanya berkongsi ilmu. Kaum lelaki di luar sana patut tahu juga sebenarnya (khusus untuk mereka yang berminatla..). Saya yakin pasti ada gunanya kelak nanti apabila bergelar suami ataupun bapa.


Selalunya bila nak tiba “masa tu” kita selalu rasa nak makan..kalau boleh nak telan jer sume benda..

Duduk kejap-kejap rasa lapar..pastuh nak makan.. kalau boleh nak makan chocolate cake lah, cheese cake secret recipe lah, ice cream lah dan macam-macam lagi. Selalunya makanan yg diidam mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi dan manis..

Huhu..kadang-kadang tu mengalahkan orang mengandung pulak rasa..,mengidam yang bukan-bukan..


Kenapa jadi macam ni ek??


Kelaparan drastic secara tiba-tiba atau pun perangai buruk lantak yang berlaku setiap bulan nih ada sangkut pautnya dengan hormone estrogen dalam badan kita.



Apa tu estrogen?


Estrogen nih ialah hormone dalam badan wanita yg lazimnya berfungsi memberikan ciri-ciri sexual wanita. Selain daripada tuh, estrogen berfungsi sebagai stimulating hormone dengan meningkatkan pengeluaran serotonin (agen penenang), norepinephrine (hormone yg menyebabkan rasa berdebar-debar) dan juga endorphin (natural painkillers & pleasure stimulators).


Apabila nak period, kandungan estrogen dalam badan akan berkurangan dan progesterone akan meningkat. Jadi bila estrogen rendah, maka serotonin (agen penenang), akan turut sama berkurang. Senang cite, masa nilah gejala PMS (sindrom prahaid) berlaku.


Mulalah kita nak emo,marah-marah, mengamuk, rasa sedih, sensitip terlebih dan sebagainya…

Salah satu cara untuk badan meningkatkan pengeluaran serotonin ni ialah melalui makanan yang berkarbohidrat tinggi. Ha, sebab tulah bila nak tiba “masa tu” rasa nak bedal jer sume yang manis-manis. Bukan takat tu jer, kadang-kadang pempuan yang asalnya tak berapa selera nak makan tiba-tiba jer rasa nak makan 24 jam..huhu.


So, saya yg nak kuruskan badan nih susahlah..Macam mana nak diet kalau setiap bulan ada jer masa saya terlebih amik kalori???


Relax, bertenang dan jangan gelabah…

Sesungguhnya Allah tu maha adil..Allah jadikan sesuatu ada hikmahnya…

Bila nak tiba “masa tu”, pada masa yg sama paras hormone progesterone akan tinggi..


Apa gunanya progesterone??

Ha, progesterone nih secara tak langsung akan meningkatkan kadar metabolism badan. Jadi, kalori yang dibakar atau tenaga yg diperlukan akan lebih daripada biasa. Selalunya kita boleh kesan bila badan tiba-tiba terasa panas drp biasa. Secara puratanya sebanyak extra 250 kcal akan diperlukan oleh badan waktu nih.. Tapi kadang-kadang ada yang lebih..terpulang kepada tubuh individu.


Jadi, kalau tiba-tiba craving for something sweet, tak perlulah terlalu risau…

Setakat sepotong kek coklat atau pun satu ice cream rasanya tak menjadi masalah untuk anda..


Sekian dahulu..


Semoga entri kali ini banyak memberikan manfaat dan input buat semua.


-Miss Moonie-

Time for Commercial break…!!!



Dedicated whole heartedly to someone special….huhu

You Belong with Me…

You’re on the phone with your girlfriend she’s upset

She’s going off about something that you said

She doesn’t get your humor like I do

I’m in the room its typical Tuesday nite

I’m listening to the kind of music she doesn’t like

And she’ll never know story like I do


But she wears short skirt, I wear t-shirts

She’s cheer captain and I’m on the bleachers

Dreaming bout the day when you wake up and find that what you’re looking for

Has been here the whole time

If you could see that I’m the one who understand you

Been here all along so why can’t you see

You belong with me, you belong with me…


Walking the streets with you and your worn out jeans

I can’t help thinking this is how it ought to be

Laughing on a park bench thinking to myself

Hey isn’t this easy


And you’ve got a smile that can light up this whole town

I haven’t seen it in a while since she brought you down

You say you fine I know you better than that

Hey what you’re doing with a girl like that


She wears high heels

I wear sneakers

She’s cheer captain and I’m on the bleachers

Dreaming bout the day when you wake up and find that what you’re looking for

Has been here the whole time


If you could see that I’m the one who understand you

Been here all along so why can’t you see

You belong with me,


Standing by waiting at your back door

All this time how could you not know baby

You belong with me, you belong with me…


Oh I remember you driving to my house in the middle of the nite

I’m the one who makes you laugh when you know you’re bout to cry

I know your favorite songs and you tell me bout your dreams

Think I know where you belong think I know it’s with me

Can’t you see that I’m the one who understand you

Been here all along so why can’t you see

You belong with me….!!!

Standing by waiting at your back door

All this time how could you not know baby

You belong with me, you belong with me… you belong with me….

Have you ever thought just MAYBE you belong with me..

You belong with me…


kawaiii.... :P

Makan banyak???? Mana ada!!



“Kenapa berat badan bertambah lagi nih!!! Hish..tak puas hati betul!” kata cik Daisy.
“Errr..agaknya awak makan banyak kot?”Cik Mawar cuba memberikan jawapan.
“Makan banyak?? Mana ada!! Saya makan hanya dua kali sehari, tu pun nasi langsung saya tak sentuh. Cuma makan roti je. Penat saya ikat perut.. Kalau macam nih baik tak payah diet! Menyusahkan dan menyeksa diri jer!!” ngomel cik Daisy lagi tak puas hati.

Pastinya ada pembaca di luar sana yang sering berhadapan dengan situasi macam ni..tak kiralah lelaki atau perempuan, bagi yang mengambil berat soal berat badan pastinya bersetuju adakalanya diet tak berkesan dan tertanya-tanya apakah cara diet yang betul yang dapat membantu atau sebenarnya diet ni hanya menyeksakan dan lebih baik menggunakan pil-pil pelangsing sebagai alternative yang lebih berkesan dan cepat.
Jadi hari nih kita nak blaja sket camner nak plan diet..bukan saja boleh diamalkan oleh mereka2 yang ada masalah berat badan tapi jugak untuk mengekalkan berat badan ideal.

Seperti dalam entry yang lalu, salah satu punca berlebihan berat badan ialah pengambilan kalori secara berlebihan.

Bukan jumlah/kuantiti makanan yang menjadi punca tetapi jumlah kalori yang diambil sehari-hari.
Kalori ialah jumlah tenaga yang terkandung dalam sesuatu makanan (revisi entry lalu).
Jumlah kalori yang di ambil mesti dihitung untuk mengelakkan pengambilan secara berlebihan. Mesti diingat tenaga yang berlebihan jika tidak digunakan oleh badan akan ditukarkan menjadi lemak dan akhirnya menyebabkan berat badan bertambah.

Asasnya, terdapat 3 jenis makronutrien utama dalam makanan dan masing-masing mempunyai jumlah kalori yang berbeza: karbohidrat (4kcal/g), protein (4 kcal/g) dan lemak (9 kcal/g)
Kalau kita tgk kat sini, dah jelas terang dan nyata (izhar)lemak mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding karbohidrat dan protein. Jadi, langkah pertama untuk mengurangkan pengambilan kalori ialah cuba meminimakan pengambilan lemak dalam makanan.

Apakah sumber lemak?
Di bawah adalah contoh sumber lemak (makanan yg mengandungi lemak paling tinggi berbanding makronutrien lain)

Minyak ( 1 sudu teh)
• Kelapa sawit/kelapa
• Sayuran (canola, sunflower)
• Kacang (soya, kacang tanah)
• Bijan
• Sapi

Lain-lain
• Marjerin/shortening (1 tsp)
• Mayonis (1 tsp)
• butter (1 tsp)
• peanut butter (2 tsp)
• salad dressing (1 tbsp)
• cream/cream cheese (1 tbsp)
• santan/ kelapa parut (2 tbsp)
• non-dairy creamer (2 tbsp)
• kuaci (1/4 cawan)
Kekacang (nuts)
• Badam (6 biji)
• Kcg hazel (6 biji)
• Walnut (1 biji)
• Kcg tanah (20 biji kecil)
• Kuaci (1 sudu besar)
Lemak haiwan
Kulit ayam
Lemak pada daging, ayam, kambing dll.

*()ialah saiz hidangan, 5g bersamaan dengan 45 kcal.

Hmmm…cuba tengok balik diet kita…selalunya makanan-makanan ni kita ambil enteng..tak pernah pun peduli beraapa banyak yang kita ambil..

Contohnya macam kacang..sambil-sambil mengunyah depan tv sebungkus kacang cap lengan tu boleh habis sekelip mata ja, tak rasa kenyang pun tapi sedar tak sedar 400-500 kcal dah diambil (50g).

Lemak-lemak yang tersembunyi contohnya mayonis dalam burger, minyak di dalam makanan bergoreng dan butter/marjerin/minyak sapi dalam pastry, kek, biskut dan kuih-muih, nasi minyak/nasi tomato.

Jadi, macam mana nak kurangkan pengambilan lemak sekaligus kalori nih??
Senang jer… di sini saya sertakan tips yang praktikal dan senang diikuti supaya mudah diamalkan oleh semua:

1. Pilih nasi putih berbanding nasi minyak,nasi ayam, nasi lemak, nasi tomato, nasi beriyani atau nasi2 berperisa yang lain

2. Kurangkan tabiat mengunyah mcm kekacang, kerepek dan lain2.gantikan snek yang lebih sihat macam buah-buahan segar yang lebih rendah kalori dan mengenyangkan.

3. Pilih produk rendah lemak macam susu rendah lemak, keju rendah lemak, magi rendah lemak, yoghurt rendah lemak dll.

4. Kurangkan makanan atau lauk bergoreng. Kalau ada ikan goreng dan ikan kari atau ikan masak kicap atau sambal, pilih ikan masak kari (rebus) tetapi kurangkan kuah.

5. Pilih asam laksa, mee/bihun/kuey teow sup dan tom yam berbanding mee kuah/kari/goreng.

6. Pilih yoghurt rendah lemak, sorbet berbanding ice cream, gantikan karipap, cucur badak, atau goreng pisang dengan popia basah atau apam.

Cukup dahulu kita berbicara soal lemak dan pengambilan kalori hari ini…

Semoga tips yang diberikan banyak membantu dalam merancang pemakanan sehari-hari.

Ikuti artikel seterusnya untuk mengetahui apakah sumber lain yang menyumbang kepada peningkatan nilai kalori dan tips-tips lain yang boleh dilakukan untuk memastikan pengambilan kalori anda terkawal.

Sebarang pertanyaan boleh anda salurkan di ruangan komen atau diet chit chat!

Sekian dahulu dan selamat beramal!
-miss moonie-

Design by Blogger Templates