DIETITIAN AT YOUR SERVICE!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…

Sedar tak sedar hampir 4 tahun masa berlalu... Segala pahit manis perjalanan kehidupan universiti akhirnya bakal berakhir…sob..sob..sob. Tiba-tiba terasa sedihla plak bila nak meninggalkan gedung ilmu dan kawan-kawan di menara gading nih..
Terlalu pantas masa berlalu sampaikan tak sedar yang tanggungjawab makin berat..kalau dahulu hanya bergelar pelajar dan dalam tempoh belajar kesilapan adalah perkara biasa dan bisa dimaafkan tapi sekarang nih bakal menempuh alam kerjaya yang pastinya kesilapan bukanlah alasan..Apa yang pasti sesuatu yang dilakukan mestilah tepat, salah bererti ibarat menempah kubur sendiri dan perlu bersedia untuk digugurkan..huhu takutnyer…



Tibalah masa untuk mempraktikkan apa yang dipelajari selama 4 tahun..hmmm..tak dinafikan adakalanya keterlupaan itu menjadi teman…tapi nak buat camner..dah namanya manusia..fitrahnya memang mudah lupa..Bukan Melayu je mudah lupa..
Jadi untuk mengelakkan lupa lebih molek kiranya ilmu yang dituntut dikongsi bersama orang lain..Maka terdetiklah niat murni di dalam hati untuk melahirkan blog yang tak seberapa nih..Selain menulis dijadikan sebagai hobi, ingatan dapat diasah dan yang pasti ilmu boleh dikongsi oleh rakan-rakan yang lain..Secara tak langsung berbakti juga saya kepada masyarakat tak gitew!!!

Pendek kata, penulis akan memuatkan sedikit sebanyak info tentang diet khususnya dan secara umum tips serta pendekatan diet yang boleh digunakan untuk sesuatu penyakit yang berkait rapat dengan pemakanan…huhu. Harap-harap niat murni di hati bisa memberikan manfaat bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri tetapi juga orang lain.

Doa dan restu serta sokongan rakan-rakan semua diperlukan dalam menjayakan lagi misi nurani ini..

Adios. Salam pertemuan di lain kali.

-Miss MooNie-

0 comments:

Design by Blogger Templates