UPGRADE YOUR 3G TO 3.5G NOW!

3 G (Gebu/Gemuk/Gempal) ke 3.5 G (anGGun/rampinG/langsinG/)



Ha…bukan handphone je yang bleh upgrade tetapi sekarang manusia pun bley upgrade jugak!

Masalah berlebihan berat badan atau obesity bukan sahaja melanda golongan dewasa, tetapi golongan 3G ini kini telah berleluasa di kalangan kanak-kanak. Jom kita imbas sikit statistik tahunan dalam dan luar negara:

1. In US, 25% of children are overweight and 11% are obese.
a. Maksudnya, dalam 100 org budak, 25 org berlebihan berat badan dan 11 orang obes. Selebihnya (64 org) normal atau kurang berat badan (Delighan et al 2005).

2. In Malaysia, there is an increasing trend of obesity with rise in prevalence

a. In 7 years old child, prevalence 6
.6%  13.8% in 10 years old, higher in boys (12.5%) as compared to girls (5%) (Ismail & Tan 1998)

b. By ethnics, 16.8% Malay, followed by approximately 11.0% Chinese & Indian are obese (Ismail & Tan 1998).

c. In Klang, 8.2% overweight, 11.4% at risk of overweight, higher in male (10.6%) rather than female (6%) (Rampal et al 2007).

Kali nih fokus utama bukanlah kepada masalah obesity di kalangan kanak-kanak tetapi golongan dewasa. Kenapa dewasa???
Yelah sebabnya sebagai golongan yg lebih tua dan matang seharusnya kita menjadi contoh dan tauladan kepa
da generasi muda nih. Selain itu komplikasi masalah obesity nih lebih ketara di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak.

Pasti ramai yang mengeluh (bg yg mengalami masalah berat badan) acapkali terbaca isu ini. Malah ada yg emosi bila membaca seolah-olah masyarakat hanya tahu menuding jari, menyalahkan diri mereka lantaran badan yg dahulunya saiz M bertukar menjadi XXXL. Pokok pangkalnya usah menuding jari kepada org lain, sebaiknya berfikir lebih positif mungkin ada salah dan silap di mana2 atau kurang strategi menangani masalah. Berikut adalah contoh2 keluhan dan alasan yg sering diberi bila berhadapan masalah obesiti:

“Saya akui ada kalanya susah untuk mengawal nafsu makan, jadi saya makan banyak!”

“Saya memang keturunan gemok, memang susahlah nak kurus. Dah takdir!!!”

“Dah banyak pil pelangsing saya telan, tak kurus2 jugak! Eh, ada pil langsing terbaru ke nak perkenalkan??”

“Eh saya makan sikit jer…nasi dah 6 bulan tak makan…adalah turun 5 kilo..pastuh dah tak turun2. Kecewa betul!!! “

“Saya makan sebab sosial…susah nak tolak. Tu pasal jadik macam nih. Tapi takpe asalkan saya bahagia…”

Ada yg kecewa, ada yg marah dan ada yg redha dengan ketentuan…
Untuk mengatasi masalah, pertamanya perlu tahu apakah punca masalah tersebut. Berikut adalah punca2 yg menyumbang kepada masalah berlebihan berat badan:

FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA OBESITI


1. Pengambilan kalori/tenaga secara berlebihan.

a. Apa itu kalori??

i. Kalori adalah unit tenaga yang terkandung di dalam sesuatu makanan. Keperluan tenaga manusia dewasa secara amnya adalah di dalam lingkungan 1800 kcal – 2000 kcal.

b. Apa yg akan terjadi apabila pengambilan tenaga berlebihan?

i. Tenaga yg berlebihan akan ditukarkan menjadi lemak di dalam tubuh yg akhirnya menyebabkan masalah berlebihan berat badan apabila simpanan tenaga tidak digunakan.

2. Menjalani kehidupan secara sederhana/ tidak aktif

a. Memandangkan corak kehidupan sekarang sudah berubah, tempiasnya turut terkena kepada generasinya juga. Kalau dulu zaman atok dan mak kita, pagi2 lagi dah berjalan kaki ke sekolah, naik basikal, petang-petang main guli, kejar2 kat sawah, main galah panjang, berkebun, bercucuk tanam, panjat pokok tapi sekarang kebanyakan masa dihabiskan dalam kereta (traffic jam), pegi sekolah atau kerja dah naik bas atau kereta, petang2 pulak tengok tv, layari internet atau pun main game. Masa untuk aktiviti fizikal makin kurang…kalu ada pun seminggu sekali pada hari minggu. Pegi keja pun tingkat lapan belas jadi mau tak mau kena naik lif… Ha, camner la nak buat fizikal aktiviti???

b. Bila pengambilan jumlah tenaga sama, tetapi aktiviti yang menggunakan tenaga berkurangan, ini bermaksud terdapat deposit tenaga di dalam badan dan lama kelamaan akan ditukarkan menjadi lemak. Kalau akaun kira tak balancelah. Mcm jugak duit dalam bank, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Persamaannya lebih kurang macam nih:

i. 10 tenaga – 5 aktiviti = (+ 5) tenaga = lemak

3. Genetik


a. Betul ke genetik nih menyumbang kpd kegemukan???So kalu org tu dilahirkan dalam keluarga gemuk kena redhalah yer???
Jawapannya memang genetic menyumbang malah ada kajian menunjukkan interaksi pelbagai ‘genes’ (polygenes) boleh menyebabkan kegemukan… Tapi tak bermakna jika anda dilahirkan dalam keluarga yg bersaiz XXXL anda juga akan jadi XXXL.
Firman Allah
“ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah nasibnya sendiri…”
Pasti ada cara dan strategi.

b. Terjadinya fenomena genetic menyumbang kepada kegemukan dikaitkan dengan environment (suasana/keadaan sekeliling) di dalam sesuatu komuniti. Faktor seperti tabiat pemakanan, pemilihan menu, aktiviti dalam sesuatu kelompoklah sebenarnya yang banyak menyumbang kepada kegemukan. Sebab tu bila ibu dan ayah mengalami masalah berat badan, anak-anak juga akan berisiko tinggi. Semuanya disebabkan oleh amalan pemakanan daripada ibu dan ayah yang akan mempengaruhi tabiat dan tingkah laku anak di samping makanan kegemaran dan aktiviti fizikal mereka.

Cukuplah dulu 3 faktor utama yang diberikan buat input pembaca agar otak tak tepu dan seperti membaca buku teks pulak..hehe.

So…, macam mana saya nak upgrade 3G ke 3.5 G nih??
Jawapannya ikuti artikel seterusnya.. Banyak tips kaedah menguruskan berat badan akan saya berikan. Terbukti melalui diet dan gaya hidup sihat masalah berlebihan berat badan nih atau 3G dapat diatasi. Anda tidak perlu melabur ribuan ringgit dan pergi ke pusat2 pengurusan badan. Ajaibnya dengan kemahuan yg jitu disertakan dengan usaha dan strategi diet yang bijak dan efektif (dengan bantuan dietitian) anda mampu kembali anGGun, ramping dan langsinG dalam jangka masa yang panjang di samping penjimatan wang yang berganda!!

Ingatlah yang anda mampu berubah dan memilih yang terbaik untuk diri anda. Mungkin hari ini anda dilabel Gemuk, Gebu dan Gempal tetapi dengan sedikit usaha dan kemahuan anda mampu meng’upgrade’ diri anda menjadi
anGGun, rampinG dan langsinG!

0 comments:

Design by Blogger Templates