Bila masa tu…arggghh laparnya!!!

Hmmm..entri kali nih khas untuk kaum hawa di luar sana..terutamanya yang telah mencapai akil baligh.. Mungkin ada yang menganggap isu “period” or “masa tu” agak sensitive untuk bacaan umum. Tapi, bagi saya tak salah rasanya berkongsi ilmu. Kaum lelaki di luar sana patut tahu juga sebenarnya (khusus untuk mereka yang berminatla..). Saya yakin pasti ada gunanya kelak nanti apabila bergelar suami ataupun bapa.


Selalunya bila nak tiba “masa tu” kita selalu rasa nak makan..kalau boleh nak telan jer sume benda..

Duduk kejap-kejap rasa lapar..pastuh nak makan.. kalau boleh nak makan chocolate cake lah, cheese cake secret recipe lah, ice cream lah dan macam-macam lagi. Selalunya makanan yg diidam mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi dan manis..

Huhu..kadang-kadang tu mengalahkan orang mengandung pulak rasa..,mengidam yang bukan-bukan..


Kenapa jadi macam ni ek??


Kelaparan drastic secara tiba-tiba atau pun perangai buruk lantak yang berlaku setiap bulan nih ada sangkut pautnya dengan hormone estrogen dalam badan kita.



Apa tu estrogen?


Estrogen nih ialah hormone dalam badan wanita yg lazimnya berfungsi memberikan ciri-ciri sexual wanita. Selain daripada tuh, estrogen berfungsi sebagai stimulating hormone dengan meningkatkan pengeluaran serotonin (agen penenang), norepinephrine (hormone yg menyebabkan rasa berdebar-debar) dan juga endorphin (natural painkillers & pleasure stimulators).


Apabila nak period, kandungan estrogen dalam badan akan berkurangan dan progesterone akan meningkat. Jadi bila estrogen rendah, maka serotonin (agen penenang), akan turut sama berkurang. Senang cite, masa nilah gejala PMS (sindrom prahaid) berlaku.


Mulalah kita nak emo,marah-marah, mengamuk, rasa sedih, sensitip terlebih dan sebagainya…

Salah satu cara untuk badan meningkatkan pengeluaran serotonin ni ialah melalui makanan yang berkarbohidrat tinggi. Ha, sebab tulah bila nak tiba “masa tu” rasa nak bedal jer sume yang manis-manis. Bukan takat tu jer, kadang-kadang pempuan yang asalnya tak berapa selera nak makan tiba-tiba jer rasa nak makan 24 jam..huhu.


So, saya yg nak kuruskan badan nih susahlah..Macam mana nak diet kalau setiap bulan ada jer masa saya terlebih amik kalori???


Relax, bertenang dan jangan gelabah…

Sesungguhnya Allah tu maha adil..Allah jadikan sesuatu ada hikmahnya…

Bila nak tiba “masa tu”, pada masa yg sama paras hormone progesterone akan tinggi..


Apa gunanya progesterone??

Ha, progesterone nih secara tak langsung akan meningkatkan kadar metabolism badan. Jadi, kalori yang dibakar atau tenaga yg diperlukan akan lebih daripada biasa. Selalunya kita boleh kesan bila badan tiba-tiba terasa panas drp biasa. Secara puratanya sebanyak extra 250 kcal akan diperlukan oleh badan waktu nih.. Tapi kadang-kadang ada yang lebih..terpulang kepada tubuh individu.


Jadi, kalau tiba-tiba craving for something sweet, tak perlulah terlalu risau…

Setakat sepotong kek coklat atau pun satu ice cream rasanya tak menjadi masalah untuk anda..


Sekian dahulu..


Semoga entri kali ini banyak memberikan manfaat dan input buat semua.


-Miss Moonie-

1 comments:

cerita9sahabat said...

hehe..suke2 bce entry ni...da blaja gak dlm kelas anat&fisio....but xreti relate ngan food..thanz akak

Design by Blogger Templates